Ranting

ASSALAMUALAIKUM :)


Hahahahha haiiii after 1 year plus aku singgah. Sebab tengah menganggur so semua benda aku selongkar. Teringat ada blog ni haa. Takda orang pun yang baca blog aku ni tapi sebab aku anggap diari, saja la nak menaip. One of my way to express something. Sendiri taip sendiri baca aje kahkah. Btw konvo aku bulan 11, and aku sekarang duk rumah je. Bukan taknak kerja part-time tapi aku fikir lepas konvo baru nak serius carik kerja. Kerja engineer ade je la aku apply tapi tak se-serius sangat laa. Tak expect pun orang nak panggil interview. I'm not really desperate nak kerja. Bukan sebab family orang senang, no. Tapi aku rasa tak ready nak hadap kerja duk stress2. Ni jelah masa yang ada nak rilek-rilek. Kalau dah start kerja, nak balik rumah pun susah. Nak amik cuti lagi lah. Aku pulak tak plan nak kerja dekat-dekat area rumah. Aku memang jenis suka jauh. Tengokla waktu zaman belajar pun merata aku pergi hahahh. Lagipun aku sebenarnya tunggu SPA panggil hm moga-moga ada la rezki aku kat situ huhu T.T

Aku nak post gambar sebenarnya. Ya la post kosong tak menarik la kan. Tapi aku duk fikir-fikir jugak ni nak post gambar. Dulu lain tau. Dulu macam takde sgt kerisauan bila post gambar kat blog emm tapi apa beza sebab aku still post gambar dekat instagram hahahaha k. Ya la kalau blog ni, orang type dekat google kalau ada keyword yang ngam terpampang laa blog aku ni. Memang aku buat general tapi aku taknak orang baca ahahahha. Kalau ada yang baca tu, tak kisah membuang masa korang takpe lah kuikui. Nih aku bagi gambar yg general, ade kat laptop. Bebudak kelas aku and matriks. Kalau ada kenal sesapa dalam ni roger-roger la hahaha. 


 

Sajaa, rindu zaman sebelum masuk universiti. U tak sama tau dengan zaman belajar yg lain. Zaman universiti paling mencabar. Time ni jumpa pelbagai manusia. Banyak tak elok daripada yang elok haha serius. Yang memang elok jenis yang tidur sebantal, makan sepinggan, tido sebilik, ha yang tu yang betul kawan. Kalau setakat geng ramai-ramai tapi lepak makan ja emm susah nak kata. Kalau ada yang geng ramai-ramai semua boleh pakai tu bagus lah. Untung. Tapi mmg once dah duk serumah baru kita kenal perangai seseorang tu. Jujur ni jujur haahha. Aku bukan jenis introvert, kawan ja dengan ramai orang. Tapi keikhlasan berkawan tu memang susah sangat nak dapat. Ada yang kawan sebab kepentingan ja. Macam-macam laa jenis kepentingan. Sendiri rasa nnti baru paham. Yang duk susah sama senang sama konon masuk lopak ka jemur tengah panas ka, tak semestinya ikhlas jugak. Hahahha daripada 10 orang geng aku, aku rasa 3 orang ja kot yang betul kawan atas dasar kawan. Habis 3 tahun habis segala kepentingan kahkah. Sama la yang 4 tahun pon, kalau yang memang perangai helok, mesti yang jenis solo ka, jenis yg diam ka. Selalunya orang yang diam dalam class, orang tu kuat kena bash. Ya la takda sapa nak back-up kan. Sedap laa orang bash. Nasib baik aku bukan jenis terpengaruh bash orang ni :P siapa makan cili nasib lahh emm. 

Ha lebih plak aku ranting malam ni.. Tetiba ja takda subjek takda predikat terus masuk story hahaha ala takda orang baca pon k lahh bai cukup la satu post untuk hidupkan balik blog ni. Till then~ sayonara

Thanks for reading !

No comments:

SEGALA DIATAS ADALAH HAK MILIK ~MISS FILACHAN~