Alpa .

ASSALAMUALAIKUM :)
 


Okay helo guyssss , selamat pagi ^o^ harini dah masuk hari last puasa untuk tahun ni . Hmm kejap je rasa . Tak sempat rasa nak berhijrah di bulan mulia ni . Nampaklah tu , buang masa . Perangai teruk yg tak berubah setiap tahun . Tah lah , taktau la kenapa susah sgt nak buat perubahan . Hati ni tak cukup kuat , tak cukup iman lagi . Rasa keinsafan tu tak pernah kekal dalam jiwa . Banyak kali terdetik , tapi macam tu jugak . Niat nak berubah tu ada , tapi cepat lupa . Cepat alpa . Istiqamah tu , masyaAllah . Susah gila nak tunaikan . Rasa susaaaaah sangat . 


Hm ok stop sampai situ . Kang meleret leret kang orang cakap , aku ngigau pulak . Hm takpe , lainkali insyaAllah ada masa kita muhasabah lagi ye :)


Waaa lama tak jumpa koraaaaang . Miss me tak ? Yeah me miss you all either . Erm reader aku jelaa . Haha well , school holiday now huh ? Yaa esok last puasa . Means lusa raya ? Selamat Hari Raya kalian ! Alhamdulillah dapat aku berpuasa dan beraya lagi tahun ni . Dan insyaAllah , moga diberi kesempatan untukku menjalani ibadah puasa lagi pada tahun hadapan . Amin ~!

So yeah , itu je yg aku nak cakap malam ni . Plan nak tidur awal memandangkan ni last sahur , takut terlajak je kang . Semalam semalam semalam nye , jadual aku tidur tah pukul berapa . Macam mayat hidup berjaga sampai pukul tiga empat pagi . Astaghfirullah , sesungguhnya aku adalah hamba-Mu yang tidak bersyukur kerana tidak menggunakan masa yg ada dengan sebaiknya :(

Hah tahu cakap je , buatnya tah bila . Perangai tak berubah , macam mana Allah nak ubah nasib ? Pandai meminta tapi suruhan Allah sambil lewa je . Nak demand memacam tapi benda simple yg Allah suruh liat sangat nak buat . Ape cer ni ? 

Haih manusia manusia . Kalau tak ditarbiyah sampai ke sudah takde perubahan . Tu pun nak tunggu disuruh dipaksa . Kenapa takboleh buat dengan hati sendiri ? Ikhlas kerana Allah ? Hm aku pandai cakap , tengok ah diri sendiri pun macam mana . Ye it takes time . Tapi insyaAllah boleh kalau kita bersungguh sungguh nak berubah . Aku pun macam tu gak . Doakan aku ye . Doakan aku kuat dalam mencari makna Islam sebenar . Doakan aku berjaya ketemu apa makna hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ni . Doakan aku , aku doakan korang jugak kat luar sana .


So apa lagi ? Manfaatkan detik terakhir Ramadhan dan bersedia menyambut hari kemenangan Islam dgn penuh rasa rendah diri dan kesyukuran . Moga bertemu lagi di bulan Ramadhan pada tahun hadapan :)


Semoga ketemu lagi ya Ramadhan .

Thanks for reading !

No comments:

SEGALA DIATAS ADALAH HAK MILIK ~MISS FILACHAN~